Tuesday, December 31, 2013

Muhasabah Cinta


wahai pemilik nyawaku
betapa lemah diriku ini
berat ujian dari Mu
kupasrahkan semua pada MU

Tuhan baru kusedar

indah nikmat sihat itu
tak pandai aku bersyukur
kini ku harapkan cinta Mu

kata-kata cinta terucap indah

mengalir berdzikir di kidung do'a ku
sakit yang kurasa biar
jadi penawar dosaku

butir-butir cinta air mataku

terlihat semua yang Kau beri untukku
ampuni khilaf dan salah selama ini
 Ya Illahi Muhasabah Cintaku

Tuhan kuatkan aku

lindungiku dari berputus asa
jika ku harus mati
pertemukan aku dengan Mu





SubhanaAllah......."Dari Dia kita datang, Kepada Dia jugalah tempat kita kembali"

Panjang, singkatnya sebuah kehidupan itu amat sukar untuk diramal oleh manusia. Cerita, perjalanan, selok-belok liku2x sebuah kehidupan telah diatur, tersusun rapi, kemas tanpa ada cacat mahupun cela dari Illahi. Manusia hanyalah pelakon yang hanya perlu berlakon, menari, mengekspresikan semua watak yang diberi oleh "Director". Allah.........Andai lakonan itu difahami, dihayati dengan berpandukan skrip "al-Quran & as-sunnah" maka pementasan drama pasti akan berjalan dengan jayanya..Namun, jika lakonan itu emosi, penghayatan sambil lewa, kerakusan mengejar kepuasan "duniawi" melebihi keinginan memperolehi kejayaan "hakiki" maka yakin dan pastilah pementasan itu hanya akan hambar tanpa tepukan mahupun sorakan.





"kata-kata cinta terucap indah"......

#al-Fatihah Aden Edcoustic



Tuesday, December 24, 2013

Dear Awak

Biar awak hanya jadi angan-angan dalam mimpi saya
Biar awak hanya jadi cerita indah dalam diari hidup saya
Biar awak hanya jadi bayang-bayang temani diri yang setia
Awak hanyalah awak
Dan saya hanyalah saya
Yang cuma sekadar pungguk rindukan bulan
Ternanti-nanti bersama resah dalam lipatan hati
Yang sukar sekali dihembus dalam keluhan yang padu
#Ori_byCikMala


Ehehe..Sowry awak2x semua coz kenapalah sajak2x ciptaan diri ini semua jiwang2x belaka..Kita semua sekarang tengah struggle gila dok hadap bertempur dengan final exam..Moga semua berjalan dengan lancar kawan2 semua..in sha Allah, amin :)


Now get ready take off to Tasik DPP MAS@UUM
Tapi mo tau x..orang lain tengah buzy tapi Cik Mala & the genk Kachirian sempat lagi pergi terjun plus Hi-tea segala petang tadi. Kat mana?..erm, tok soh pergi jauh2x ler..kat UUM pun ado..ehehe,kita orang "picnic" di Tasik DPP MAS tadi. Memang best tersangat2xlah kalau Cik Mala boleh katakan..I give all of ur guys, 10 star genkk..jap mo sebut nama semua dulu..zaujah2x yg comey2x semua ni.. Ika, Pina, Dayang, Ojen, Sue, Ika ( td mo elak dari kekeliruan nama..ehhe, Cik Ika kita ni nak kena panggil Athirah), Murni, Ina, Piko, Syiera & Anna..erk, satu lagi tertinggal our new friend from UPSI, Miss Fiza (anyeong..selamat datang ke UUM..ehehe..)


Berduyun2x kami semua naik bus dengan bawa tikar "mengkuang" c Pina segala (kotak telur pun ado) haha..itu tanda memang excited habis mo pergi picnic. Sampai pak cik driver pun tegur "awak semua, dekat tasik tu ada buaya" hahha...kami semua buat muka do no jak..krik krik krik~~~


Ta Da..our Hi-Tea today evening
Okey hari ni orang yang paling excited sebenarnya yang real2x mo terjun tasik ni jeng jeng jeng..Cik Mala & Cik Ika la..Serius dek kerana rasa tension, memang motif Cik Mala hari ni selain gathering ramai2x memang mo terjun tasik. Finally, Murni & Anna pun terikut serta mandi tasik dengan kami..kikiki..penangan kami mandi tasik kan tulah tu terikut sekali terjun tasik.




muka2x ceria2x..
drive wif "itek2x"




Isi perut dulu sebelum get ready terjun plus main "itek2x" di tasik. Aik apa ke bende "itek2x" tu..hahah, itu semua gelaran c Ika yang bagi ar (tu pic dia yang benda colour biru tu).. :P
Dayang & Fiza
Yang sebenarnya kan Cik Mala x tahu mo cakap apa lagi coz terlalu2x happening sampai tidak boleh diungkapkan melalui tulisan..hahah.."Ayat aku memang power giitu, kelaz ko jah" So macam Pina yang comey cakap "Biar gambar yang berkata2x"..jadi tengok jak la pic ni semua yeay... :)

sahabat til jannah :)
gelagat manusia bila dalam air :P
hayatilah cerita melalui pic ini..kikiki :D
nanti kita picnic lagi erk :)
penerjun2x handalan Kachirian..:D
Ehehe..biarpun dilanda hujan rintik2x kadang kala tertiba2x menjadi besar sekejap, itu semua tidak menjadi penghalang kami semua dari meneruskan misi bersantai di tepi tasik UUM ni.. :)

Muhasabah diri sejenak



Kegembiraan yang kita rasa mungkin hanya sejenak,hanya sementara tatkala diri ini masih diberi peluang menghirup oksigen percuma dari-Nya..
Kamu, kamu & kamu...terima kasih atas persahabatan ini..Till Jannah..in sha Allah kerna disana kegembiraan yang kekal abadi..





Alhamdulillah, selesai bergembira..diri ini diisi lagi dengan kegembiraan hakiki.."Solat Berjemaah" itu penutup hari yang paling sukar dilupakan :)
Dear awak sahabat aka "iman kami"..terima kasih kerana menjadi pengemudi solat saat dan ketika petang itu :) Rasa kegembiraan itu lebih dirasa ketika tangan dihulurkan, pipi bersentuhan dan badan saling berpelukkan..Maaf dizahirkan, terima kasih dilafazkan, kasih sayang dicurahkan pasti akan dikenang selama2xnya..:)




sekian coretan dipetang hari
Assalamualaikum Cinta
via from Sintokyo

Sunday, December 22, 2013

MAAF'


jangan biar senyuman pudar
tatkala matahari terbit pagi hari
jangan biar tawa hambar
tatkala matahari panas tengahari
jangan biar riang hilang
tatkala matahari senja terbenam petang hari

maaf
andai ada luka dijiwa kawan
maaf 
andai ada terguris perasaan teman
maaf
andai ada salah pada diri rakan
maaf
ikhlas dari hati sahabat

#ori_byCikMala


Friday, December 20, 2013

Lihat Ia Sebagai AMANAH & TANGGUNGJAWAB & Bukannya Sebagai BEBAN


Amanah dan tanggungjawab..kawan2x kita sendiri tahukan dan sedar akan dua perkara ini. Dua perkara yang tersangat2x lah besar untuk dipikul. Allah SWT sendiri melihat ketakwaan seorang hamba-Nya dengan cara sama ada hamba itu mampu untuk menjalankan dan apatah lagi menjaga dengan baik amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya. Solat dan perkara yang seangkatan dengannya adalah amanah yang paling mustahak untuk dipikul..namun jangan kita lupa akan amanah antara sesama kita umat manusia ini. Walaupun sering kali kita mencuba untuk mengeluh "kenapa dia kena suruh buat perkara yang senang saja,,dan kenapa dia pula kena suruh buat perkara yang susah saja". Kadang kala kita perlu sedar bahawa setiap amanah yang dipikul oleh setiap insan adalah berbeza dan tidak akan pernah sama dengan satu sama yang lain. Namun yakin dan percaya bahawa sebesar mana, sekecil mana pun amanah dan tanggungjawab yang diberikan itu, semuanya akan diminta dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Jika ia dijaga dengan baik dan cantik, maka ganjaran yang menggunung dan tidak terucap dengan kata2x akan menanti. Tapi jika ia tidak dijaga dengan baik apatah lagi tiada rasa keihklasan hati ketika memikulnya, maka fahamilah ganjaran sebaliknya juga akan menanti,,,Waallahualam..."andai saya ada tersilap perkataan, mohon untuk diperbetulkan ya :) "





Dear awak disana, ehehe.. "Assalammualaikum..SUKACITA dimaklumkan bahawa anda telah TERPILIH menjadi........................" Saya bukanlah insan yang terbaik, namun..syukur kepada Allah dan Rasul..dua khabar gembira diterima oleh saya insan bernama Siti Normalah binti Aman :) mmg aku mcm jadi ustazah oo ni mlm.. :P Haha..Selain kita datang untuk menimba ilmu melalui buku semata2x tapi "soft skill" tu juga penting (teringat balik kata2x senior dulu2x).."soft skill tu dek penting, tu lah yang dorang mo tengok nanti time kamu orang pergi interview selain result kamu"..ahaha, thank you senior. Jasa kalian sentiasa dikenang :) In sha Allah, sem depan Cik Mala masih diberi kepercayaan untuk menyumbang bakti untuk rakan2x Sabahan semua sebagai Exco Akedemi & Pendidikan Chapter Sabah dan juga diberi mandat baru untuk merasa pengalaman baru, keluarga baru, suasana baru dan semua baru2x belaka la..haha..sebagai Exco Perhubungan Awam nama glamour dia bilang Press Atikah ialah "Public Relationship" kembang hidung sekejap time Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) hari tu..eheh.. :P This my new experience in Human Resource Management Club (HRMC). 

Serius, pernah terlafaz kata2x dari mulut Cik Mala ni x mo jadi exco apa2x lagi..bilang penat kunun mo cari perkara baru lagi n so on. Dan akhirnya, semua kata2x itu terpaksa dimungkiri juga..(dan sekarang Mala remember that, Allah itu penentu segala2xnya, ko hanya mampu untuk merancang).. Hati dan diri masih bersama Chapter Sabah dan you got new experience from you course club..Dua2x sekali ko dapat..haha, uish..pesan pada diri 'Jangan pernah takbur, bongkak. Jangan pernah berasa tinggi diri. Semoga sentiasa muhasabah diri dalam apa2x pun yang dilakukan kelak'.

Tahun depan akan bersama2x rakan seperjuangan lain menggalas amanah dan tanggungjawab ini. Tahniah untuk semuannya atas pelantikan yang diberi. Tadi pelbagai kata2x semangat diberikan..ahaha, semua muka2x bersemangat..love u olz genk new Legasi <3 "jangan tengok jawatan itu sebagai beban tapi lihat dia sebagai amanah dan tanggungjawab"..ni ayat paling smart tadi..eheh, thum up dengan ko genk..nama dirahsiakan,haha In sha Allah..semua akan berjalan dengan lancar. Kita kuatkan ikatan kita dalam Legasi ini, saling bantu-membantu, hormat akan Ketua kita, hormat akan rakan2x kita.."muda hormatilah yang tua, dan yang tua hormatilah yang muda" "belajar untuk hormat orang lain dahulu, maka orang lain juga akan menghormati diri kita" Amboi Cik Mala banyaknya ayat2x nasihat ko..haha, eh, bukanlah ni sebenarnya ayat2x power from new exco dari junior2x yang daebak semuanya.. ;) Yupp, kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain, jawatan itu cuma gelaran saja, jangan pernah terbeban..anggap dia sebagai satu peluang menimba sesuatu yang baru, anggap dia sebagai satu jalan untuk memperbaiki diri..Jawatan yang diberikan tanda Allah telah bagi petunjuk kepada mereka dan kitalah yang telah menjadi insan terpilih untuk memegang amanah itu. So genkk, lets bersyukur..dont worry, "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing"..kita akan sentiasa bersama2x, bukan seorang2x..dear Mr. Press..anda jangan risau, kami tetap ada dibelakang untuk menyokong anda sentiasa..trust us :)

"Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh"
Kita pegang amanah yang diberi. Jangan jadikan ia beban dalam diri. Lets bekerjasama dengan baik..Perkara yang baik, pastinya akan berjalan dengan lancar. Timba banyak2x pengalaman, dan aplikasikannya kepada benda yang baik.. In sha Allah amanah ini akan terpikul dengan baik.. :)

Good Luck genkk..
selamat berkerjasama semua..
ehehe, x pic tapi next time confirm bertimbun pic kita ramai2x..
Cik Mala..welcome back to family Legasi  & welcome to HRMC family :)



via from Sintokyo :)

Thursday, December 19, 2013

Aja Aja Fighting!!!




22 Dis 2013 till 12 Jan 2014...
Save the day..fighting for the final exam..ehehe, Cik Mala la  PEMULA exam n PENUTUP exam jgk..lalallala..tabahkan hati anda Cik Mala :P

Wish me luck u olzz,,n also to you tooo my dear friends..^_^
Aja aja fighting!!
Good Luck..
N d0nt forgot to..Seiringkan USAHA kita semua dengan DOA n the lastly TAWAKKAL..
Ma & Pa jangan dilupakan juga tau..keep in touch selalu..tell them kita mo exam apa hari ni dan mohon doa dari mereka..in sha Allah, yakin dan percaya la..redha Ibu & Ayah ialah redha Allah juga.. :)

Man Jadda wa Jadda.."SIAPA YANG BERUSAHA DIA YANG AKAN BERJAYA"
"sila betulkan jika ada salah yer ;)"







#I got something that wanna to share with u..ehehe, pls waiting for me okey..
SEE YOU THERE..:)


Wassalam via from Sintokyo


Tuesday, December 17, 2013

Rindukanlah

Ku Benar-Benar Sayang 
Pada Dirimu Oh Kasihku 

Janganlah Engkau Ragu 

Pada Diriku
Dan Ku Berkelana Mencari 

Harapan Yang Kita Impikan.. 

Dari Terbitnya Sang Suria... 

Hingga Tenggelam..
Dan Ku Ingin Cinta Sejatimu 

Dan Ku Ingin Harapan Hatimu 

Oh Janganlah Engkau Bersedih 

Oh Ikhlas-Ikhlaskanlah.. Hatimu
Rindu-rindukanlah Diriku 

Sepanjang Hari-Harimu 

Sayangku 

Ku Adalah Milikmu 
Sayangku Adalah 
Milikmu Yang Kau Rindu..

Doa-doakanlah Diriku Di Dalam Hatimu 

Di Dalam Nafasmu 

Sepanjang Hari-harimu..







One Fine Day


feeling di Japan versi Sintokyo^^@UUM



One Fine Day...

Disaat diri berpaling kebelakang
Jangan sesekali terlupa
Untuk menoleh semula kehadapan
Walaupun ia hanya sekadar sekilas pandangan
Langkah itu tersangat-sangatlah rapuh
Tetapi jangan pernah mengalah
Berdiri selagi mampu
Berjalan selagi kuat untuk melangkah
Kerana keyakinan itu
Kunci kepada segala rahsia
#Ori_byCikMala






Hari ini misi kami.. Cik Mala, Ika syG, Pina yg comey & Iena c doenseang yg kiut mo pergi interview Exco Chapter Sabah 2013/2014.. Alhamdulillah, kami masih diberi peluang untuk menghadiri interview tu..Terima kasih MT2x semua coz masih percaya dengan kami. Sebenarnya bukan kami jak yang pergi tapi ramai lagi tau..junior2x, senior2x pun gak..ehehe...

Argha..cantik x pic Cik Mala tu diatas tu..Cantik kan, ala2x di Japan jak..macam musim luruh gitu. Tempat ni di UUM jak tau x payah pergi jauh2x "sebenarnya baru tadi tersedar akan kewujudan tempat secantik ini di UUM", haha, proud to be UUM student.. :) 

Ostrich@UUM
Sebelum pergi SAC tadi sebenarnya kami sempat lagi menyinggah di kandang Ostrich..Wow, semua muka 1st time tengok Ostrich arr.. Mula2x semua muka takut2x mo dekat tapi yang bikin terkejut Ostrich tu pula pergi dekat2x dengan kami..haha, comey genk..mesra jak burung ni..Leher dia panjang, haha..tapi kesian..basah2x badan dia kena hujan..kikiki...

excited muka2x semua tengok Ostrich..haha
Itu Ostrich@UUM
say hye to Mr.Ostrich^^
Haha, betul2x best dapat tengok Ostrich tu kwn2x..Lepas jak dari kandang tu ada satu tempat lagi kami singgah..ehehe, bukan sengaja menyinggah bha tapi tu memang laluan kami mo pergi SAC..ehhe..sambil lalu, sambil berphotoshoot lah sekali..ahah, macam orang cakap "sambil menyelam, minum air"..

Japan, Korea..semua versi ada^^
sahabat til Jannah ya:)














yey..kami da sampai@SAC UUM
Now get ready for the interviewing^^
Oppst, ni hanya lakonan semata2x..haha..

Huw, selesai untuk hari ni..eheh, one fine day yang sangat2x best apatah lagi ditemani oleh kawan2x Cik Mala yang baik hati semua..ehehe, cc Ika, Pina & Iena..thank u for today..syg kamu ketat2x genk.. :)



gud nite u olzz..
Wassalam via from Sintokyo...

Saturday, December 14, 2013

DEMI MASA

Assalammualaikum w.b.t
Terlebih dahulu, kita sedekahkan Al-Fatihah kepada insan-insan yang telah meninggalkan kita buat selama-lamanya..AL-FATIHAH

Ya Allah, malam ni Cik Mala rasa sayu sangat2x..terasa diri ini terlalu kecil, terlalu banyak dosa yang dilakukan. Tadi baru dapat khabar dari sahabat baik, mama dia meninggal dunia tadi..ya Allah, rasa tersentak seketika, rasa bersalah dengan dia..Cik Mala tau arwah mama dia sakit dan ditahan di ICU. Tapi Cik Mala tidak sangka terlalu cepat perkara itu berlaku.. Ingat lagi apa yang Cik Mala cakap dengan sahabat ni,, 'awak, kenapa balik kampung? bukan hari tu dah balik ker??", then dia jawab 'saja nak balik (sambil mengukir senyuman). Ya Allah, aku langsung tidak memikirkan perasaan sahabat aku ketika itu,, sekarang baru aku sedar macam mana perasaan yang dia rasa saat itu.. "AWAK, SAYA MINTA MAAF".. Saya doakan arwah mama ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman..banyak2x bersabar awak..



Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar-AL 'ASR 103:(1-3)

INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA :
1. Sihat sebelum Sakit
2. Muda sebelum Tua
3. Kaya sebelum Miskin
4. Lapang sebelum Sempi
5. Hidup sebelum Mati

#Sungguh besar kekuasaan ALLAH SWT.. Dia merancang segalanya, sempurna tanpa cacat cela...

Sepanjang 21 tahun diberi nafas kehidupan ini, hanya dua insan paling tersayang telah meninggalkan diri..Ya, Cik Mala sangat2x lah mengerti apa itu KEHILANGAN YANG SEBENAR. Kehilangan yang x mungkin boleh dikembalikan semula..kehilangan yang nyata, realiti dan bukan illusi semata-mata..
Al-Fatihah..buat mu disana..

                                                 saat mata terpejam
insan ter ISTIMEWA
saat nafas berhenti berhembus 
saat nadi, dengupan jantung tak terdengar lagi
saat itu tanda berakhirnya mimpi
saat itu juga lah diri mu pergi 
Bapa Tua sayang,,
diri mu antara insan terbaik yang aku kenali
diri mu insan berani, tabah memengang amanah Allah
masih terdengar ayat-ayat Yassin kegemaran mu
masih terhidu bau haruman kasih sayang mu
diri ini, cucu kesayangan akan sentiasa mengingati mu
Airmata mengalir tika teringat Adik ku sayang
wahai hati yang sayu 
jangan bersedih
tawanya masih kedengaran
sakitnya masih terbayang
bebola mata menyaksikan segala
hari yang abadi tersemat kukuh di dasar hati
  al-Fatihah
#ori_byCikMala



Bismillahhirahmanhirahim..
al-Fatihah
wassalam via from Sintokyo

Wednesday, December 11, 2013

CERITA 10-11/12/2013

Tarikh hari ini 11/12/2013..semua orang tengah buzy update status pasal date ni..Ada status GEMBIRA like new born baby yang comey, moga jadi anak yang soleh solehah ya..ada yang baru mendirikan masjid, alhamdulillah..moga kekal till jannah..Dan macam2x lagi la cerita kegembiraan yang kita semua dapat dengar dan lihat dalam masa 24jam saja..Tapi kata orang dalam kegembiraan itu, pasti akan ada perkara yang diluar jangkaan, perkara yang hanya mengambil beberapa detik dan saat umpama nadi manusia yang berdenjut ni yang kita tidak mampu untuk merasa secara nyata kecuali jika kita meletakkan tangan kita sendiri, menyelami secara senyap barulah kita dapat rasa yang nadi itu berdenjut laju dengan adanya kuasa yang maha Esa..SubhanaAllah..Maha suci Allah sekian alam..Disebalik kegembiraan itu, kita masih ada rasa takut, rasa impati dalam diri, rasa kesedaran daripada terus alpa dan leka..Maka status KESEDIHAN itu pun tidak akan lari dari menghiasi status pada hari ini..SEKIAN SAHAJA LAPORAN SAYA, CIK MALA..ehehhe... :P

Maafkan saya wahai rakan2x sekalian..eheh..itu hanyalah sekadar mukkadimah sebelum Cik Mala memulakan bicara..chewwah,,kelaz ko jah..:D tapi serius, semoga kita boleh ambil iktibar daripada setiap kejadian yang berlaku kan. Betul tidak??eheh, of coz la betul..kikiki..

Okey, now kita turn balik cerita semalam, al-kisah yang tidak akan aku lupakan..Cik Mala serius ni..date semalam 10/12/2013..Alhamdulillah Annual Grand Dinner Chapter Sabah berlangsung dengan jayanya..tahniah Tuan Pengarah Mr As Mil aka Mr Press, ehehe, tapi dont worry Mr Mantan Press awak sentiasa dihati ;) ..tabik dengan ko n ur team also Mil..Daebak semua..


AGD CHAPTER SABAH@SAC UUM

Ramai kan,ehehe..sebenarnya ramai lagi tapi yang lain tidak sempat masuk..The wonderfull moment that night..Macam Cik Mala cakap tadi, dalam masa 24 jam ataupun selaju denjutan nadi jak kita semua boleh rasa apa itu KEGEMBIRAAN dan KESEDIHAN..AGD ni juga selain untuk meraihkan senior2x last sem tapi malam ni jugalah sesi pembubaran bagi MT dan Exco Chapter Sabah sesi 2012/2013......

Alhamdulillah, kita semua berjaya melaksanakan tugas kita dengan jayanya..Tahniah Press Aimi, Kak Neeta, Kak Gee, Piko, Dang, Acunk, Andi, Kasz, Kak Naf, Pieya, Eyna, Jue, Fadli, Farah, Dila, Carol, Kak Bibi, As Mil, Ika, Pina, Ojen, Dayank, Ina, Vera, Khai n Ruben..Terima kasih atas kerjasama semua, pengalaman ini tidak mungkin aku lupa..

Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/07/lirik-lagu-memori-tercipta-shila-oiam.html#ixzz2nB8bOh1t



Ex-MT & Exco Chapter Sabah*salute tuk anda2x semua
@Perspustakaan Sultanah Bahiyah UUM

Genk..serius kalau lah satu hari nanti kamu terbaca blog aku ni. Terus-terang aku sayang dengan ukhuwah ini. Dari tidak kenal sampai  lah jadi kenalserapat-rapatnya..ini bukan ilusi apatah lagi rekaan semata-mata "okey fine ayat aku kah jgk tu??" Tapi ni semua lahir dari diri kita yang ikhlas dalam bersahabat, menerima segala kekurangan dan kelebihan masing-masing itulah yang buat kita semua jadi rapat. This is my family, keluarga Cik Mala di Sintokyo ni..Buat program sama2x, makan2x, ketawa, susah senang sama2x..menangis pun..ehehh, thank you juga genk kachirian, sayang kamu ketat2x genkk..sebab selalu buka pintu untuk aku biarpun malam2x aku ketuk bilik kamu..huhuw, menangis jak kerja Cik Mala ni..eheh, bukan cengeng bha..tapi manja..ehhe, sowry menyusahkan jak. Tapi serius, aku bukan orang yang kuat sebenarnya, buat keputusan pun mesti mo bertanya..tapi aku hargai sangat2x kesabaran ko genk. Terima kasih sebab selalu ada dibelakang aku, dengar aku nangis, mengadu sana sini..eheh..love u olz very strong..


Adhoc sabah
Utara ini menjadi saksi akan
Adanya anak perantau yang dahaga secangkir ilmu
Adanya anak perantau yang hatinya teguh bak kinabalu
Utara ini menjadi saksi akan
Tertautnya ikatan jitu
Kenal akan diri, sahabat yang satu

#ori_byCikMala



"xplorace Sabahan" yang 3 org dibelakang tu paling manang
coz siap berdiri diatas kerusi tu..kikiki@SAC UUM

one day before "HOPE DAY"-WELCOME JUNIOR :)
@Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM

abaikan muka2x orang dalam pic ni..eheh, syg kamu semua@Kachi Hill


wif sis Neeta, kaka terbaik :)
                                                     Senior ku
Apa yang ada dalam fikiran mu
Apa yang ada dalam hati mu
Apa yang ada dalam 
benak firasat mu
Apa yang ada dalam 
jiwa kecil mu
Perkenalan itu hanya sesingkat musim 
yang silih berganti
wif sis Gee Noi, comey..:)
Tapi keindahannya tetap 
dapat kita rasai
#ori_byCikMala







Alhamdulillah..semoga ukhuwah ini akan terus
berkekalan till jannah..
Amin..
Assalammualaikum..
via from Sintokyo.. :)














Saturday, November 30, 2013

mereka'kuhormati



Di sini kita bermula sekali lagi

Saat dirinya berdiri
Mengatur bait-bait kata tegas terdengar dihujung sini
Bebola mata dalam memerhati
Telinga peka menilik erti
Tangan lincah melakar putih
Katanya..
Diri ini umpama infiniti
Tiada penghujung yang diketahui
Katanya..
Akan ada pedih menyelubungi hati
Akan ada lelah menyelit kedalam diri
Akan ada sengketa mencelah diantara sepi
Akan ada suara yang mengoncang pendirian hakiki
Tapi katanya lagi..
Lembutnya niat dipadu dengan azam yang tinggi
Pasti akan hadir kekuatan titipan Illahi
Kalian...
Mengapa riak wajah berubah saat tutur kata dilontarkan
dia yang berdiri dihadapan 
butuh buah fikiran yang bernas
butuh sokongan dan dorongan
butuh genggaman erat tangan sahabat
dan butuh kalian bersamanya
tika diri mulai berasa longlai
mencari solusi merungkai segala persoalan
sambil tersenyum dia berkata lagi
manis itu pasti terasa
terpancar hangat bagai sang suria
terlukis indah bagai pelangi senja
#ori_byCikMala








dedikasibuatmrpressnkakneeta
viasukiptII
TERIMA KASIH :)

Friday, November 29, 2013

I'm Fly

Assalamualaikum semua...... :)
macam happy jak Cik Mala hari ni..eheh..ofkos la "happy" tersangat2x la awak. Coz kite dah siap booking tiket nak balik Sabah :)


Tunggu punya tunggu la harga tiket tu turun, akhirnya dapat juga beli. Yes!! Ma Pa..I'm COMING..Sabah wait for me..(woah, memang nampak sangat kegembiraan disitu).. Apa pun Alhamdulillah..... ;)


Thanks a lot dengan Miss Pablo.. kalau la bukan sebab jasa baik Mr CIMB dia, ermm.. alamatnya x terbeli la tiket Cik Mala ni..ehhe, "Miss Pablo, thank you..sayang ko ketat2x" <3 <3 <3


s0,, set the DATE 15 JANUARY 2013 I'm Flying again...............!!!!!






semoga dipermudahkan oleh Allah, amin...
n0w get fighting for the 'final exam'
selamat malam semua
salam sayang via from Sintokyo