Assalamualaikum....selamat petang. Huhuw..penat satu badan hari ini. Alhamdulillah, selamat sampai dari program GBOS tadi selama 3 hari 2 malam..Nanti Cik Mala cerita erk pasal GBOS ni..
Tadi sambil tunggu bus datang, Cik Mala call Ma tapi tiada siapa yang angkat. Ok fine..diri masih mampu bertahan lagi. Then masuk dalam dewan semula, sedaya upaya menyedapkan hati, pinjam hanset Cik Ika syg main game la katakan tapi last2x.. "Ika, tadi aku kol Ma aku tapi tiada orang jawab. Aku kol banyak kali". Pastu apa lagi..mencurah2x jatuh air hujan dari mata... "Ma, i miss u".. :'( Thank you Ika syg sebab tolong tenangkan diri ini biarpun pada hakikatnya aku telah menganggu konsentrasi anda yang tengah rancak menonton drama korea..<3 u 2 3 4...
Hahaha..serius hati Cik Mala memang tidak sedap time tu. Tertanya2x Ma pergi mana, kenapa tidak angkat orang call. Last2x, call c abang tanya mana. Rupanya Ma sibuk dengan urusan Seri Paduka Baginda di balai raya.. "Ma, miss u"!!!
Diri mampu menggigil satu badan andai kata saat itu diri berada dalam situasi yang tidak mampu untuk dikawal oleh akal fikiran. Apabila fikiran tidak menguasai diri, maka mulalah pelbagai firasat dan andaian yang timbul. Dan pastinya, dari sudut negatif itu akan lebih banyak dari positif.
Aduhai Mala bila lagi untuk anda berubah??
Tanya pada diri..kenapa sikap dan tingkah laku anda tidak pernah tetap seperti orang lain..
Aduhai diri, senang untuk mengakui bahawa kematangan itu seharusnya menjalar seiring tingkatnya usia
Meski saya mengakui melalui lidah "Im already a big girl"
Tapi hakikatnya saya masih "anak Mak"
Masih seperti anak kecil yang akan menangis jika tiada Ma dan Pa nya.
Masih seperti kanak-kanak kecil yang senang ketawa dan bergurau senda bersama rakannya
Masih seperti si cengeng yang jika diusik akan malu menyorok muka
Tapi diri sedaya upaya menganggap ia sebagai fantasi
Kerana disebalik kenaifan diri yang kecil ini
Ada seorang gadis yang tika berdiri suaranya lancar dengan tegas sekali
Hilang semua kebudak-budakkan
Hati dikeraskan agar getar dijiwa dilindungi oleh senyum manis terukir di bibir..
Hati dikeraskan agar getar dijiwa dilindungi oleh senyum manis terukir di bibir..
Panjang entry,,yupp..memang panjang..dan Cik Mala memang tidak kisah apa-apa pun..hahah
ANTARA MINAT DAN SUKA????
keliru???
hahha...jangan pernah biarkan ia mengganggu hari-hari anda Cik Mala oii..
Kata sahabat yang satu ini, minat dan suka itu memang berbeza. Owh ya, tapi kenapa dia boleh berbeza padahal kedua-dua RASA itu hakikatnya lahir dari hati yang sama??
MINAT itu sebenarnya rasa yang kita rasa apabila melihat sesuatu yang menarik dan indah. For example, Cik Mala minat gaya seseorang itu, jadi Cik Mala pun tertarik untuk mengetahui semua tentang seseorang itu kerana minat akan gayanya tanpa ada apa-apa perasaan yang lain. Thats all...
Tapi berbalik kepada SUKA pula..ermm,,different kali, dari suka terbitnya sayang, dari sayang timbulnya cinta...how sweet..begitulah kawan Cik Mala punya teori..hahaha... :D
Last, honestly..
Dalam hati ini memang ada keliru
Dalam hati ini memang ada ragu
Tapi
Selagi diri mampu untuk menahan, maka tahanlah Mala
Selagi diri mampu untuk menghindar, maka hindarlah Mala
Selagi diri mampu untuk menangkis, maka tangkislah Mala
Lebih baik memilih untuk bersahabat, berkawan, berteman..
Agar rasa keliru, ragu akan termendap, tertimbus oleh tingginya maruah dirimu....

Wassalam......
via from Sintokyo..
No comments:
Post a Comment