Tuesday, May 20, 2014

TANGAN






Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu



Nothing to say...
tidak boleh diekspresikan melalui kata-kata..
tapi ikhlas dari hati..
senior..
sahabat..
teman..
dan rakan..
semoga berjaya dunia dan akhirat..
semoga kita bertemu lagi..
maaf akan segala kekurangan..
kesilapan..
dari diri ini...







malam itu aku sedaya upaya untuk berdiri menanti sehingga masa berakhir, sedaya upaya berlagak berani untuk melangkah berjalan diatas landasan merah yang dikelilingi bunga rekaan, sedaya upaya menjelmakan senyuman dari riak muka yang berbeza dari realiti sebenar, sedaya upaya melambaikan tangan tanda diri masih turut serta bersama kalian, sedaya upaya dan sedaya upaya memalsukan apa yang ada dihadapan mata..



maaf..bukan niat untuk berundur kebelakang
bukan niat untuk tidak ingin mendengar cerita gembira dari kau kawan
kerna "aku" yang ada dihadapan kau ialah orang yang cuma berpura-pura
serius sakit dan untuk memberi ruang untuk kau merasai bersama kesakitan itu,,
maaf, aku belum bersedia untuk berkongsi ketika itu
kalaulah malam itu aku berada dalam pelukan kau sahabat
mungkin semua kekuatan yang sedaya upaya dikumpul pada waktu itu akan hilang 101% dari diri
saat itu juga aku akan menjadi lemah, selemah-lemah siapa aku yang kau kenal selama ini..



masa menghampiri 12 tengah malam..
tangan itu yang memegang erat tangan aku
tika kalanya kesedihan itu semakin memuncak ketahap yang paling maksimum
jika tangan itu tidak kuat mengenggam
saat itu juga aku rebah, tersungkur terduduk
"aku penat"
bukan diri tidak mahu menerima hakikat sebenar
bukan diri tidak pernah berfikir dan mengingatkan diri bahawa jika itu berlaku "kuatkan diri anda Mala"
tapi dengan melihat semua gelagat manusia disekeliling
diri, hati lagilah dengan mudahnya akan menangis...

Ya Rabb...
jujur, sungguh hamba memang manusia yang lemah..
rasa takbur, riak itu hilang, lenyap seiring dengan kesedihan yang mendalam yang menjalar dalam diri....


Allahuakbar....






No comments:

Post a Comment