Ada satu ketika usaha itu aku rasa hanya dari aku.
Rasa teruja. Sendiri-sendiri.
Pendek kata aku hanya bermimpi yang berangan untuk semua jadi realiti.
Sampai satu saat aku rasa bodoh. Bodoh dipermainkan.
Bukan sekali tapi berulang kali.
Bukan tidak sedar. Tapi sengaja berlindung untuk tidak ambil tahu.
Ada ketikanya, aku tertanya-tanya.
Apa dalam fikiran mu.
Apa dalam hati mu.
Apa yang ada dalam setiap tutur kata mu.
Jika kau perlu tahu.
Kau itu aneh. Pelik. Sepelik-peliknya.
Kenapa perlu ada di setiap simpang jalan.
Kenapa perlu hadir tika hujan tiba-tiba membasah.
Kenapa perlu muncul bila aku mula melupa.
Kau datang untuk apa?
Datang sekadar bertanya khabar.
Datang sekadar ingin mempermainkan.
Atau tika kau datang itu, kau sendiri tidak pasti. Kau berkelakuan begitu kerna apa.
Kau itu mahu sebenarnya apa?
Bilang saja. Terus terang.
Aku ada disini. Dengar. Lihat. Dan jika aku tahu. Aku beri jawapan.
Jujur. Aku penat.
Penat untuk menunggu. Penat untuk tahu yang berlaku ini apa sebenarnya.
Penat. Untuk lihat semua seperti layang-layang putus tali.
Tiada kesudahan. Hanya itu yang berulang kali kita bicara.
Perkara yang sama. Tiada titik noktah.
Tiada persefahaman. Dan akhirnya, cerita terhenti secara tiba-tiba. Tanpa tahu pangkal hujung sebuah drama.
Kau pinta tunggu. Aku tunggu.
Aku tunggu dengan harapan. Serius. Penuh dengan pengharapan.
Tapi sia-sia. Kalaulah kau tahu.
Aku tahu akan ada lemah dalam diri ini.
Rindu.
Ingat.
Ingin tahu apa keadaannya kau disana.
Dan tika itu juga aku harap kau rasa perasaan yang sama.
Aku tahu itu cuma hampa.
Tiada alasan untuk kau aku berkongsi rasa yang sama.
Kerna antara kita memang realiti tiada apa-apa.
Cuma perasaan yang direka.
Perasaan yang sepatutnya tidak perlu ada.
Perlu dihindar.
Perlu dikekang dari merebak memakan hati.
Timbul bintik hitam perlahan-lahan. Astaghfirullahalazim..
Kau.
Aku pegang satu kata yang dulu kau ucap.
Andai kau aku itu memang satu.
Jodoh pasti bertemu.
Tidak perlu untuk lari. Tidak perlu untuk sembunyi.
Hujung jalan sana. Ada simpang. Mohon untuk bertemu.
Bohong. Kalau tiada sedih dalam diri.
Sejujurnya aku ingin kau. Ya kau.
Andai saja kau beri peluang.
Faham siapa kau. Dan faham siapa aku.
Ikhlas. Aku akan memberi, menerima itu semua. Kerna sayang itu memang ada. Untuk kau.
Tapi untuk kali ini.
Aku ingin berlalu pergi.
Aku ingin rawat hati dulu.
Aku cuba. Sedaya upaya.
Aku berlalu pergi. Untuk kau. Biar kau nilai siapa yang terbaik.
Aku pergi. Untuk kau buka ruang pada yang lain.
Dan aku juga. Biar aku buka ruang hati ini. Untuk yang lain.
Yupp, perlahan-lahan kita cuba lupakan.
Lupakan aku.
Seperti mana aku cuba untuk melupakan juga.
Sayang.
Harap kau tahu.
Aku pergi untuk dirimu.
Sintokyo
24102015