01 OKTOBER 2015
"Seandainya aku pulang ke rahmat Allah.. Semua adik beradik ku..Ku pinta kamu bersabar..Ya..Ku pohon pada kamu maaafkan aku.. Halalkan makan dan minum yang kalian berikan kepada ku.. Semoga kalian semua dalam lindungan Yang Maha Esa.. Amin.. Ikhlas dari ku Otong... Aku sayang pada kamu semua kalau boleh aku tak nak mahu berpisah dengan kamu semua.. Aku tetap akan merindui kamu semuaa.." (MNH)
Aku lihat
Aku sentuh
Aku pegang
Aku dakap
Aku cium
Aku dengar
Raut wajah, badan, tangan, suara, tangisan, tempat itu, waktu dan saat itu..
Itu yang TERAKHIR kali.
Hanya AKU, DIRIMU dan ALLAH jadi saksi setiap butir kata, setiap rasa yang tercurah.
Aku KASIH
Aku SAYANG
Aku INGAT
Aku RINDU.
Allah.. Aku tidak pinta lebih.
Cukup..
Ampuni dosanya
Terimalah amal ibadah kebaikannya
Lapangkan, luaskanlah kuburnya
Permudahkan setiap urusan dunia akhiratnya
Cucurilah rahmat ke atas rohnya
Tempatkanlah dia di Syurga-Mu bersama hamba-hamba Mu yang soleh.
Allah.. Ajar kami erti REDHA
Ajar kami erti IKHLAS
Ajar kami erti KEKUATAN
Ajar kami erti KESABARAN
DAN
Ajar kami erti KESEDARAN
Agar IMAN dan TAQWA nya kami kepada-Mu semakin UTUH.
Wahai insan kesayangan hamba.
Tidak perlu untuk bicara akan kebaikan, rupa paras, akhlak dan budi pekerti diri mu.
Aku, kami yang menyayangi, sahabat, mereka dan mereka kenal setiap inci siapa diri mu.
Terima Kasih untuk kasih sayang
Terima Kasih untuk cinta
Terima Kasih untuk ada seketika
Terima Kasih untuk SEGALANYA.
Akan sentiasa RINDU
Akan sentiasa CINTA
Akan sentiasa INGAT
Akan sentiasa TITIP DOA.
Tenanglah disana kesayangan hamba.
Tenanglah kerna sakit itu sudah tiada.
Tenanglah kerna diri mu insan PILIHAN-Nya
Tenanglah kerna diri mu insan DIKASIHI-Nya
Tenanglah...

Al-Fatihah Sayang..
Sintokyo 10:23PM
01 Oktober 2015
02 Oktober 2015
No comments:
Post a Comment