A month to go genk :)
Mungkin ini cerita terakhir yang mampu dilakar dalam blog ini.
Kalaulah kau tahu dan rasakan apa yang ada dalam fikiran, hati dan perasaan sekarang ini.
Kawan. Kau itu aku temui dimana-mana.
Pergi ke hujung dunia sekali pun. Kau itu terlalu ramai untuk didampingi.
Kau itu datang dan pergi. Sama seperti aku yang akan datang lalu meninggalkan.
Kita serupa. Tiada yang beda.
Meninggalkan kadang seketika.
Dan kadang untuk selamanya.
Sahabat. Jarang dan belum tentunya kau itu aku temui, buat aku terus menghargai.
Hargai wujudnya kau disana.
Hargai waktu dan ketika kau ada disisi.
Hargai tiap ucap kata dari mu.
Sahabat. Kau itu terlalu baik untuk aku.
Terima baik dan kurang aku.
Terima apa lebih dan nakalnya aku.
Terima semuanya tanpa beza.
Dan sampai waktu.
Aku kau perlu pergi.
Pergi bukan bermakna kau itu aku lupa.
Pergi bukan bermakna kau itu aku tidak kisah.
Pergi bukan bermakna kau itu aku kurang sayang.
Kau itu tetap sahabat aku.
Seperti dulu.
Seperti semalam.
Seperti hari ini.
Seperti esok.
Dan seperti selalunya kau itu ada untuk aku. Aku ada untuk kau.
Bila tiba waktu.
Kau aku jarang ketemu.
Jarang lagi untuk bersama.
Jarang lagi berucap sapa.
Jarang lagi meluah setiap inci kata.
Kau jangan lupa.
Kau aku dulu ada memori terlalu indah.
Biar indah itu kau aku simpan dalam kotak minda.
Untuk kita cerita bila ketemu di simpang jalan.
Untuk kita cerita bila orang lain bertanya.
Untuk kita cerita bila tua sudah menyinggah.
A month to go.
Move on..
Setiap pertemuan itu akan ada perpisahan.
Setiap cerita itu akan ada pengakhiran.
Setiap mulanya jalan itu akan ada penghujung.
Dan move on pleaseeee..
Biar cerita ini kita akhir disini.
Biar kau aku simpan semua. Dalam ingatan. Hati.
Jadi bekalan teruskan hari-hari yang menanti.
.
.
.
Perlahan-pelahan semua akan kembali seperti sedia kala.
Berlalu seperti biasa.
Sedih cuma seketika.
Everything will gonna be okay genkk :)
Sintokyo.
04122015
10:26PM
Friday, December 4, 2015
Saturday, October 24, 2015
TERISTIMEWA
Bukan ISTIMEWA untuk jadi yang TERISTIMEWA.
Ada satu ketika usaha itu aku rasa hanya dari aku.
Rasa teruja. Sendiri-sendiri.
Pendek kata aku hanya bermimpi yang berangan untuk semua jadi realiti.
Sampai satu saat aku rasa bodoh. Bodoh dipermainkan.
Bukan sekali tapi berulang kali.
Bukan tidak sedar. Tapi sengaja berlindung untuk tidak ambil tahu.
Ada ketikanya, aku tertanya-tanya.
Apa dalam fikiran mu.
Apa dalam hati mu.
Apa yang ada dalam setiap tutur kata mu.
Jika kau perlu tahu.
Kau itu aneh. Pelik. Sepelik-peliknya.
Kenapa perlu ada di setiap simpang jalan.
Kenapa perlu hadir tika hujan tiba-tiba membasah.
Kenapa perlu muncul bila aku mula melupa.
Kau datang untuk apa?
Datang sekadar bertanya khabar.
Datang sekadar ingin mempermainkan.
Atau tika kau datang itu, kau sendiri tidak pasti. Kau berkelakuan begitu kerna apa.
Kau itu mahu sebenarnya apa?
Bilang saja. Terus terang.
Aku ada disini. Dengar. Lihat. Dan jika aku tahu. Aku beri jawapan.
Jujur. Aku penat.
Penat untuk menunggu. Penat untuk tahu yang berlaku ini apa sebenarnya.
Penat. Untuk lihat semua seperti layang-layang putus tali.
Tiada kesudahan. Hanya itu yang berulang kali kita bicara.
Perkara yang sama. Tiada titik noktah.
Tiada persefahaman. Dan akhirnya, cerita terhenti secara tiba-tiba. Tanpa tahu pangkal hujung sebuah drama.
Kau pinta tunggu. Aku tunggu.
Aku tunggu dengan harapan. Serius. Penuh dengan pengharapan.
Tapi sia-sia. Kalaulah kau tahu.
Aku tahu akan ada lemah dalam diri ini.
Rindu.
Ingat.
Ingin tahu apa keadaannya kau disana.
Dan tika itu juga aku harap kau rasa perasaan yang sama.
Aku tahu itu cuma hampa.
Tiada alasan untuk kau aku berkongsi rasa yang sama.
Kerna antara kita memang realiti tiada apa-apa.
Cuma perasaan yang direka.
Perasaan yang sepatutnya tidak perlu ada.
Perlu dihindar.
Perlu dikekang dari merebak memakan hati.
Timbul bintik hitam perlahan-lahan. Astaghfirullahalazim..
Kau.
Aku pegang satu kata yang dulu kau ucap.
Andai kau aku itu memang satu.
Jodoh pasti bertemu.
Tidak perlu untuk lari. Tidak perlu untuk sembunyi.
Hujung jalan sana. Ada simpang. Mohon untuk bertemu.
Bohong. Kalau tiada sedih dalam diri.
Sejujurnya aku ingin kau. Ya kau.
Andai saja kau beri peluang.
Faham siapa kau. Dan faham siapa aku.
Ikhlas. Aku akan memberi, menerima itu semua. Kerna sayang itu memang ada. Untuk kau.
Tapi untuk kali ini.
Aku ingin berlalu pergi.
Aku ingin rawat hati dulu.
Aku cuba. Sedaya upaya.
Aku berlalu pergi. Untuk kau. Biar kau nilai siapa yang terbaik.
Aku pergi. Untuk kau buka ruang pada yang lain.
Dan aku juga. Biar aku buka ruang hati ini. Untuk yang lain.
Yupp, perlahan-lahan kita cuba lupakan.
Lupakan aku.
Seperti mana aku cuba untuk melupakan juga.
Sayang.
Harap kau tahu.
Aku pergi untuk dirimu.

Sintokyo
24102015
Monday, October 5, 2015
SO I'M GONNA HOLD YOU!
I found myself dreaming
In silver and gold
Like a scene from a movie
That every broken heart knows we were walking on moonlight
And you pulled me close
Split second and you disappeared and then I was all alone
I woke up in tears
With you by my side
A breath of relief
And I realized
No, we're not promised tomorrow
So I'm gonna love you
Like I'm gonna lose you
I'm gonna hold you
Like I'm saying goodbye wherever we're standing
I won't take you for granted 'cause we'll never know when
When we'll run out of time so I'm gonna love you
Like I'm gonna lose you
I'm gonna love you like I'm gonna lose you
In the blink of an eye
Just a whisper of smoke
You could lose everything
The truth is you never know
So I'll kiss you longer baby
Any chance that I get
I'll make the most of the minutes and love with no regrets
Let's take our time
To say what we want
Use what we got
Before it's all gone
'Cause no, we're not promised tomorrow
So I'm gonna love you
Like I'm gonna lose you
I'm gonna hold you
Like I'm saying goodbye wherever we're standing
I won't take you for granted 'cause we'll never know when
When we'll run out of time so I'm gonna love you
Like I'm gonna lose you
I'm gonna love you like I'm gonna lose you
so I'm gonna hold you!
....Sintokyo...
05Oktober2015
Friday, October 2, 2015
01 OKTOBER 2015
01 OKTOBER 2015
"Seandainya aku pulang ke rahmat Allah.. Semua adik beradik ku..Ku pinta kamu bersabar..Ya..Ku pohon pada kamu maaafkan aku.. Halalkan makan dan minum yang kalian berikan kepada ku.. Semoga kalian semua dalam lindungan Yang Maha Esa.. Amin.. Ikhlas dari ku Otong... Aku sayang pada kamu semua kalau boleh aku tak nak mahu berpisah dengan kamu semua.. Aku tetap akan merindui kamu semuaa.." (MNH)
Aku lihat
Aku sentuh
Aku pegang
Aku dakap
Aku cium
Aku dengar
Raut wajah, badan, tangan, suara, tangisan, tempat itu, waktu dan saat itu..
Itu yang TERAKHIR kali.
Hanya AKU, DIRIMU dan ALLAH jadi saksi setiap butir kata, setiap rasa yang tercurah.
Aku KASIH
Aku SAYANG
Aku INGAT
Aku RINDU.
Allah.. Aku tidak pinta lebih.
Cukup..
Ampuni dosanya
Terimalah amal ibadah kebaikannya
Lapangkan, luaskanlah kuburnya
Permudahkan setiap urusan dunia akhiratnya
Cucurilah rahmat ke atas rohnya
Tempatkanlah dia di Syurga-Mu bersama hamba-hamba Mu yang soleh.
Allah.. Ajar kami erti REDHA
Ajar kami erti IKHLAS
Ajar kami erti KEKUATAN
Ajar kami erti KESABARAN
DAN
Ajar kami erti KESEDARAN
Agar IMAN dan TAQWA nya kami kepada-Mu semakin UTUH.
Wahai insan kesayangan hamba.
Tidak perlu untuk bicara akan kebaikan, rupa paras, akhlak dan budi pekerti diri mu.
Aku, kami yang menyayangi, sahabat, mereka dan mereka kenal setiap inci siapa diri mu.
Terima Kasih untuk kasih sayang
Terima Kasih untuk cinta
Terima Kasih untuk ada seketika
Terima Kasih untuk SEGALANYA.
Akan sentiasa RINDU
Akan sentiasa CINTA
Akan sentiasa INGAT
Akan sentiasa TITIP DOA.
Tenanglah disana kesayangan hamba.
Tenanglah kerna sakit itu sudah tiada.
Tenanglah kerna diri mu insan PILIHAN-Nya
Tenanglah kerna diri mu insan DIKASIHI-Nya
Tenanglah...

Al-Fatihah Sayang..
Sintokyo 10:23PM
01 Oktober 2015
02 Oktober 2015
Wednesday, March 18, 2015
DOWN
Lama rasanya jari-jemari ini tidak dirajinkan untuk menulis dalam lembaran-lembaran buku blog ini. Huww... Tapi malam ini terdetik mahu meluahkan perasaan, luahkan rasa yang diri sendiri alami.
Serius ada satu ketika, pada suatu tahap diri ini pasti terasa terlalu "DOWN". Terlalu rasa lemah. Terlalu rasa kekurangan. Terlalu rasa tidak mampu untuk menjadi 'sempurna' seperti yang mereka yang lain. Biar perasaan itu telah merasuk diri. Kata-kata mereka yang memberi "tunjuk ajar" menjadi terlalu "sukar" untuk "dihadam" oleh otak fikiran, hati, perasaan apatah lagi gerak badan yang selalu tidak seiringan.
Perghhh... Terlampau "berbunga-bunga" ayat You Cik Mala :3
Bakat itu ada pelbagai jenis.
Ada bakat Anugerah Illahi. Sejak lahiriah dan azali. Tidak perlu "ditekan", dengan mudah dia akan mengadaptasi apa sahaja yang ada disekeliling. Apa yang didengar. Apa yang dilihat. Automatik, sepantas kilat sudah terlekat dalam otak.
Tapi ada bakat yang perlu "diasah". Perlu untuk "diacu". Bakat ini bermula dari "zero". Kosong!
Tari lentik badan gigih "dibentuk". Alun gemalai tangan, pinggul dan bahu pelahan-lahan kemas diatur. Semuanya hanyalah berbekalkan "minat". Belajar satu persatu. Tekun dan tabah. Aduhh!!
Kamu...Serius, sedaya upaya diri ini mengikut "rentak lagu". Sedaya upaya diri ini menghayati setiap "langkah-langkah" hebat dari kamu. Tapi bila sampai satu tahap, aku give up kawan!!!
Mahu bercucuran airmata. Kalau boleh diputar waktu. Aku pilih untuk berdiri ditepi. Menyaksikan persembahan dari kalian. Bersorak memberi kata semangat.
...
Sintokyo@1.54am@19032015

Subscribe to:
Posts (Atom)