Wednesday, March 18, 2015

DOWN

Lama rasanya jari-jemari ini tidak dirajinkan untuk menulis dalam lembaran-lembaran buku blog ini. Huww... Tapi malam ini terdetik mahu meluahkan perasaan, luahkan rasa yang diri sendiri alami.

Serius ada satu ketika, pada suatu tahap diri ini pasti terasa terlalu "DOWN". Terlalu rasa lemah. Terlalu rasa kekurangan. Terlalu rasa tidak mampu untuk menjadi 'sempurna' seperti yang mereka yang lain. Biar perasaan itu telah merasuk diri. Kata-kata mereka yang memberi "tunjuk ajar" menjadi terlalu "sukar" untuk "dihadam" oleh otak fikiran, hati, perasaan apatah lagi gerak badan yang selalu tidak seiringan.

Perghhh... Terlampau "berbunga-bunga" ayat You Cik Mala :3

Bakat itu ada pelbagai jenis.
Ada bakat Anugerah Illahi. Sejak lahiriah dan azali. Tidak perlu "ditekan", dengan mudah dia akan mengadaptasi apa sahaja yang ada disekeliling. Apa yang didengar. Apa yang dilihat. Automatik, sepantas kilat sudah terlekat dalam otak.

Tapi ada bakat yang perlu "diasah". Perlu untuk "diacu". Bakat ini bermula dari "zero". Kosong!
Tari lentik badan gigih "dibentuk". Alun gemalai tangan, pinggul dan bahu pelahan-lahan kemas diatur. Semuanya hanyalah berbekalkan "minat". Belajar satu persatu. Tekun dan tabah. Aduhh!!

Kamu...Serius, sedaya upaya diri ini mengikut "rentak lagu". Sedaya upaya diri ini menghayati setiap "langkah-langkah" hebat dari kamu. Tapi bila sampai satu tahap, aku give up kawan!!!

Mahu bercucuran airmata. Kalau boleh diputar waktu. Aku pilih untuk berdiri ditepi. Menyaksikan persembahan dari kalian. Bersorak memberi kata semangat.

...
Sintokyo@1.54am@19032015


No comments:

Post a Comment